when something....ko fikir???

Tuesday, January 20, 2009

BABI HUTAN

Nun jauh didalam hutan belantara terdapat 5 ekor babi hutan jantan. Ketika sedang berjalan-jalan mereka jumpa sebatang sungai. Diseberang sungai tersebut terdapat banyak pokok buah-buahan yang sedang lebat berbuah. Mereka pun bercadang untuk menyeberangi sungai tersebut, tetapi malangnya dalam sungai tersebut terdapat 5 ekor buaya yang gemar memakan telur babi hutan.

Melihat kehadiran buaya dalam sungai tersebut membuat mereka termenung samada untuk meneruskan hasrat menyeberangi sungai itu ataupun tidak.. Akhirnya mereka nekad juga mahu menyeberang kerana buah-buahan kegemaran mereka terlalu banyak diseberang sungai itu.

Lalu mereka pun berenang bergilir2 satu persatu...
Apabila tiba diseberang kesemua telur 4 ekor babi hutan itu telah hilang disambar buaya. Kecuali babi hutan yang terakhir menyeberang, apabila selamat sampai ke destinasi dilihat telurnya masih ada. Dia pun ketawa gembira. Kawan-kawannya bertanya, "Geng, napa telur kau tak disambar buaya..?" dia pun menjawab dgn relax.. "Aku tengok kamurang berenang pakai kuak dada tentu lah buaya sambar telur kamurang. jadi aku pun berenang pakai kuak lentang... Ha ha ha dah tentu selamat...!!"

No comments: