when something....ko fikir???

Wednesday, August 12, 2009

The Devine Master(Merpati Putih)


Kau merpati putih terbang di awanan

Ku ingin ikut bersamamu di sana

Sucinya hatimu seputih warnamu

Lembutnya sifatmu indahnya rupamu


Berkali ku tunggu utk melihatmu

di tempat yg engkau singgahi selalus

ayangnya diriku tak sesuci kamu

ku bisa memandang tak dekat padamu


(korus)

Sedar diri ini sampai terhentinya mati

sampai masa ku kan jatuh ke bumi

walau pada hakikatnya kita tak dapat bersama

agar kau dapat tahu diari di hati

(Agar kau dapat tahu ku mencintaimu)


Ku tulis puisi cerita diriku

Lantas ku kirimkan ia kpd mu

Kukarangi lagu nyanyikan untukmu

teman dikala mendatangnya sepimu

Thursday, April 2, 2009

Lagi gambar hantu di lokasi sama




GAMBAR menunjukkan imej dipercayai hantu (dalam bulatan) yang dirakam di Istana Tantallon, Scotland 32 tahun lalu.


SATU imej menyerupai manusia yang dipercayai hantu turut dirakam di Istana Tantallon, Mei tahun lalu.

NORTH BERWICK - Satu imej seperti kepala manusia yang memakai kolar beropol dan pakaian lama di Istana Tantallon, di North Berwick, Scotland dianggap sebagai hanya satu muslihat kamera, lapor sebuah akhbar semalam.





Namun, satu lagi gambar di lokasi sama yang menunjukkan satu lagi imej seperti kepala manusia menyebabkan sukar untuk menolak kemungkinan wujudnya hantu di istana itu.
Pada minggu lalu, satu gambar yang dirakamkan oleh Christopher Aitchison di istana itu pada Mei tahun lalu diiktiraf sebagai gambar hantu terbaik.





Beberapa ujian yang dilakukan menunjukkan gambar yang memaparkan wajah seperti manusia di sebuah tingkap di istana itu tidak dipinda menerusi digital.
Selepas gambar itu, satu lagi imej yang dirakam 32 tahun lalu di lokasi sama oleh Grace Lamb menunjukkan mendiang suaminya, Hugh dan dua anak mereka bergambar di istana tersebut.
Bagaimanapun, di belakang mereka, satu imej hantu muncul dengan merenung dari sebuah tingkap.





"Pada mulanya, saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan tetapi ia kemudian disimpan dalam laci selama 30 tahun."Saya tidak pernah terfikir, ia akan menjadi tumpuan," kata Grace.

Monday, March 30, 2009

Sakhan Dosovo-Wanita Tertua Di Dunia(130 Tahun)



________________________________________

ALMATY - Beberapa pegawai Kazakhstan menyatakan mereka menemui seorang wanita, Sakhan Dosova yang akan menyambut hari kelahiran yang ke-130 tahun pada 27 Mac ini, lapor sebuah akhbar semalam.


Sakhan mungkin merupakan wanita tertua di dunia kerana manusia paling tua diiktiraf secara rasmi ketika ini ialah Edna Parker dari Amerika Syarikat (AS) yang berumur 114 tahun.
Nama Sakhan tercatat dalam satu bancian di Karaganda di utara Kazakhstan pada 1926 ketika dia berumur 47 tahun.


Dokumen pasport yang dimiliki Sakhan ketika Kazakhstan masih berada dalam Kesatuan Soviet menunjukkan dia dilahirkan pada 27 Mac 1879.
Kad pengenalan Kazakhstan yang dimiliki Sakhan turut menunjukkan tarikh lahir sama.
Kazakhstan merdeka dari Kesatuan Soviet pada 16 Disember 1991.
Dia yang mempunyai 10 anak dilahirkan pada tahun Thomas Edison berjaya mencipta mentol lampu.


Sakhan berumur 10 tahun ketika pemimpin Jerman, Adolf Hitler dilahirkan.
Wanita itu tinggal di sebuah flat bersama salah seorang cucunya dan masih sihat dan cuma menghadapi masalah pendengaran.


Ketika ditanya rahsianya menjaga kesihatan dia berkata: "Saya tidak mempunyai sebarang rahsia. Saya tidak pernah mengambil pil dan jika sakit, saya menggunakan ubat tradisional untuk memulihkan saya. Saya tidak pernah makan gula-gula."

Tuesday, March 24, 2009

Bila Duit Dolar Amerika Berubah Wajah

hehehe,bila wang kertas ada muka montokutigerz..
kompom lah tdk laku huahuahua..

Banjir daerah Beaufort Awal Tahun 2009

baru-baru ini berlaku banjir besar di daerah beaufort dan dikatakan adalah sama kejadiannya
pada tahun 1996..namun apa yang sia tahu banjir TERBESAR pernah berlaku di daerah ini adalah diantara tahun 1980-1981..

ketika berlakunya banjir baru2 ini,sia terperangkap di rumah kg jempanga dan tidak dapat keluar ke pekan kerana arus air banjir begitu deras walaupun hanya melimpah di kawasan jalan raya..nasiblah ada bantuan daripada pihak kerajaan melalui bantuan makanan kepada mangsa banjir...
akhirnya sia pun tdk dapat p kerja selama 2 hari,kerana jalan dari beaufort ke menumbuk terputus akibat limpahan air..jadi apalagi ambil cutilah jawabnya..nasiblah dapat cuti akibat bencana alam selama 2 hari tu..tdk juga kurang cuti tahunan...huhuhu..

ni sedikit gambar banjir di daerah beaufort baru2 ini..



* syok main sampan...sebab kawasan rumah jarang kena banjir mcm ni..hehehe

apa yang kamu faham?


klu kamurang tdk faham pun,kamurang pura-pura ja kasi faham lah...klu tdk faham juga minumlah montoku mix tiger,kompom faham punya...wakakakaka...

Tuesday, January 20, 2009

Cara menjawab matematik masa kini


Awas HIV

Sila baca artikel berikutmengenai orang yang HIV positif seronokmenyebarkan virus HIV. Ianya pernah keudara di dalam Televisyen Thai di manapesakit HIV ditangkap didakwa, tapi apagunanya, beliau telah merosakkan ramaiorang awam yang tak berdosa.Jadi silaberhati-hati...

Beberapa tempatberbahaya dan kebarangkalian menemuijarum penyuntik yang telah digunakanpenagih :-

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalandi pantai sila pakai selipar atau kasut,ada penagih dadah yang melakukanaktiviti di tepi pantai danmenimbusjarum penyuntik di dalam pasir.Penyuntik ini kemudiannya terdedahakibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satulagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes diAustralia di mana kanak-kanak yang takberdosa telah tercucuk jarum penyuntikapabila beliau turun daripada papanlunsur kemudiannya didapati HIVpositif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusiyang anda duduki. Kes yang terjadi apabilaseorang perempuan duduk di kerusibeliaudan terasa sesuatu benda mencucuk.Beliau berdiri dan mendapati adapenyuntik dan nota berbunyi "Welcome tothe real world, you are now HIVpositive'. Doktor telah memeriksa jarumtersebut mengesahkan ianya terdapatvirus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadiberhati-hati... .

4. Di Georgia. Florida , ada kes menunjukkanpesakit HIV meletakkan penyuntik didalam tempat mengembalikan syiling,mesin air minuman... jadi pastikan bilaanda membeli air atau kandi, perhatikanbetul-betul tempat mengembalikan wangsyiling... .mungkin terdapat jarumpenyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yangjuga pekerjanya meletakkan sedikitdarah di dalam burger mencampurkan denganmayonis dan salad. Ianya seperti sos.Jadi cuba jangan pesan burger denganmayonis sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

*Sila 'forward'maklumat ini sebanyak mungkin kepadaorang lain, especially orang yang andacintai, anak anda dan sesiapa saja...

**info dari Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences USM,
Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA

Petua Montokutigerz

1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tu

3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tu

4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Panas Yg Mendidih

6.Melentikkan Bulu Mata - Pakailah Bulu Mata Palsu...

7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...

8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..

9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .

10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...

11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn cuci

12.Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo...

13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

14.Menghilangkan Kelemumur - Gunakanlah Syampu CLEAR

15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..

16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...

17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick lah....

18.Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir

19.Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga..

20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

*cubalah,jgn tdk cuba,klu boleh jgn cuba...wakakakaka

PAM MINYAK

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.Tapi awas. Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').

Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi....

BABI HUTAN

Nun jauh didalam hutan belantara terdapat 5 ekor babi hutan jantan. Ketika sedang berjalan-jalan mereka jumpa sebatang sungai. Diseberang sungai tersebut terdapat banyak pokok buah-buahan yang sedang lebat berbuah. Mereka pun bercadang untuk menyeberangi sungai tersebut, tetapi malangnya dalam sungai tersebut terdapat 5 ekor buaya yang gemar memakan telur babi hutan.

Melihat kehadiran buaya dalam sungai tersebut membuat mereka termenung samada untuk meneruskan hasrat menyeberangi sungai itu ataupun tidak.. Akhirnya mereka nekad juga mahu menyeberang kerana buah-buahan kegemaran mereka terlalu banyak diseberang sungai itu.

Lalu mereka pun berenang bergilir2 satu persatu...
Apabila tiba diseberang kesemua telur 4 ekor babi hutan itu telah hilang disambar buaya. Kecuali babi hutan yang terakhir menyeberang, apabila selamat sampai ke destinasi dilihat telurnya masih ada. Dia pun ketawa gembira. Kawan-kawannya bertanya, "Geng, napa telur kau tak disambar buaya..?" dia pun menjawab dgn relax.. "Aku tengok kamurang berenang pakai kuak dada tentu lah buaya sambar telur kamurang. jadi aku pun berenang pakai kuak lentang... Ha ha ha dah tentu selamat...!!"