when something....ko fikir???

Sunday, January 13, 2008

Asal usul nama TENOM

Seperti mana daerah-daerah lain di Sabah, daerah Tenom juga dijajah oleh orang-orang Inggeris sebelum Merdeka. Pada zaman tersebut pihak kerajaan mengenakan cukai kepala sebanyak satu ringgit setahun. Satu kumpulan masyarakat di Rundum yang diketuai oleh seseorang bernama Antanom telah bertindak untuk menentang kerajaan kerana tidak berpuashati dengan dasar cukai tersebut. Walau bagaimanapun keadaan bertambah tegang apabila pihak kerajaan menggunakan kekerasan dimana sesiapa yang enggan atau gagal membayar cukai kepala tersebut boleh dihukum penjara sehari atau lebih.
Ekoran ketegangan yang semakin membara, satu pergaduhan ( Pertempuran ) antara kumpulan Antanom dan kerajaan meletus. Dalam pertempuran tersebut kumpulan Antanom telah tewas dan Antanom sendiri telah ditawan oleh kerajaan. Pahlawan Antanom kemudiannya dijatuhi hukuman mati ( Pancung kepala ) dan kepala beliau telah ditanam di Bukit Bendera ( Sekarang di kawasan perumahan kerajaan Tenom)..
Nama tersebut juga telah diambil untuk menamai daerah Tenom. Dewan Masyarakat dinamakan Sri Antenom bagi memperingati Pahlawan Antanom. Begitulah cerita asal usul daerah Tenom secara ringkas.


Sumber: Buku Cenderamata Pesta Keamatan Tahun 2006

No comments: