when something....ko fikir???

Wednesday, January 9, 2008

Asal-usul nama Kampung Pensiangan

Asal-usul nama Pensiangan ini telah terjadi hasil daripada pertemuan atau percantuman dua batang sungai yang mengalir. Percantuman atau pertemuan ini membawa kepada terjadinya nama " PENSIANGON" dalam panggilan Bahasa Murut. Suku kaum murut dahulu sebilangannya tinggal dipinggir kuala dan batang sungai yang mengalir ini. Mereka membuat pondok-pondok di pinggir sungai tersebut sebagai tempat kediaman mereka.
Apabila sudah sekian lama tinggal dikampung ini maka tibalah penjajah Borneo disitu. Penjajah ini dikenali " Chartered Company". Seorang daripada Ketua Cartered Company tersebut bertanya berkenaan dengan nama kampung tersebut, lalu penduduk kampung tersebut memberitahu bahawa kampung ini dipanggil "Pensiangon". Sebaik saja perkataan itu didengar oleh Ketua Chartered Company tadi, maka ia memanggil nama Pensiangon menjadi Pensiangan. sehingga kini Pensiangan adalah dikenali dimerata dunia dan dalam Peta bahawa daerah Pensianganlah yang digunakan. Manakala nama Nabawan adalah sebagai pusat pentadbiran dan ianya sebagai pekan Nabawan dalam daerah Pensiangan.

1 comment:

ThiSisBorNeOcLassicaL said...

kasi masuk lagu adui pensiangan ah..lama sia nda dingar..pleasee