when something....ko fikir???

Monday, June 23, 2008

KEMPEN KESEDARAN PENJIMATAN AIR KEBANGSAAN W.P LABUAN(JABATAN BEKALAN AIR W.P LABUAN)
























Event Details


Activity
Program Sehari Bersama Pelanggan & Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2008

Date
11/6/2008 - 17/6/2008

Location
Loji kedua, Loji Rawatan Air Sungai Pagar W.P.Labuan

Category
MINISTRY

Synopsis

LABUAN; Loji rawatan air Sungai Pagar sebuah loji kedua terletak di Kampung Sg Miri/Sg Pagar, 12 kilometer dari pusat bandar di sini akan menjadi pusat “Program Sehari Bersama Pelanggan dan Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan peringkat W.P.Labuan Tahun 2008".

Program dan kempen sehari tersebut akan dilancarkan pada 17 Jun ini (hari Selasa). Ia adalah merupakan julungkali diadakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) Wilayah Persekutuan Labuan.Majlis perasmian dan pelancaran program/kempen itu akan dilakukan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) Malaysia, Ir. Dr. Hasnul Mohammad Salleh.


Loji rawatan air Sungai Pagar adalah merupakan loji kedua akan dibuka kepada para pelawat pada 17 Jun ini mulai jam 8.30 pagi. Di samping itu loji air utama terletak di Jalan Kolam dekat pusat bandar juga sentiasa meneruskan operasi 24 jam.
Bersempena dengan program dan kempen sehari tersebut pihak urusetia menjemput hadir kepada ketua-ketua jabatan dan pegawai agensi kerajaan, termasuk pengurus/wakil sektor swasta, pengarah universiti dan institusi, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah serta ketua-ketua kampung di W.P.Labuan.Dijangkakan terdiri lebih 170 pelajar termasuk guru pengiring daripada 26 buah sekolah menengah dan rendah terdapat di W.P.Labuan akan hadir. Para pelajar juga berpeluang menyertai kuiz, di samping pemberian T-shirt dan topi secara percuma sempena kempen tersebut.Antara tentatif acara termasuklah ceramah bertajuk “Sumber Air Adalah Terhad, Elakkan Pembaziran” yang akan disampaikan oleh Penolong Pengarah JBA W.P.Labuan, Christoper Lim.


Orang ramai yang berkunjung juga diberi pendedahan mengenai fungsi dan sistem pemprosesan air mentah dan air terawat di loji, lawatan terbuka di empangan air Sungai Pagar yang berhampiran dengan loji. Selain itu, bertempat di tapak kempen juga para pengunjung akan disajikan dengan sudut pameran oleh unit-unit Operasi/Penyelenggaraan (paip air), perkhidmatan pengguna (bil/meter air), agihan (selanggaraan/projek) dan pentadbiran/kewangan tentang piagam pelanggan, misi dan visi bekalan air dan sebagainya.

Tentatif Acara

08.40 pagi Ketibaan tetamu jemputan
08.50 pagi Ketibaan Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air KTAK, Ir. Dr. Hasnul b. Mohammad Salleh
09.00 pagi Bacaan Doa
09.10 pagi Ucapan aluan oleh Pengarah JBA W.P.Labuan, Tn Hj. Sulaiman b. Hj. Kamisan
09.25 pagi Ucapan perasmian dan pelancaran oleh Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air KTAK Malaysia.
09.50 pagi Ceramah tajuk “Sumber Air Adalah Terhad, Elakkan Pembaziran” Disampaikan oleh Penolong Pengarah JBA W.P.Labuan, En. Christopher Lim
10.30 pagi Penyampaian cenderahati
10.40 pagi Sesi lawatan ke loji/ sudut pameran/ kuiz pelajar sekolah.
11.30 pagi Jamuan ringan
12.15 tgh Acara selesai.


No comments: