when something....ko fikir???

Monday, November 5, 2007

KISAH DATING.........

Berkali-kali SHIRLEY berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Shirley bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Shirley berbangga pun sendiri. Selama ini pun Shirley acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Shirley tahu itu,faham itu dan senang begitu! Cuma mujurlah Shirley tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Shirley. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Shirley bolayan terus. Apa klasss diorang tue? Namun demikian setelah kehadiran Steven sepejabat dengannya, pegangan hidup Shirley mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Steven sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Shirley kepada Steven terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Shirley tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Steven! Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Shirley buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Shirley dia yakin sangat-sangat diatidak bertepuk sebelah tangan, Steven jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Steven ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun sangat-sangat Shirley pasti!"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lamaShirley ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Steven yang selamaini tak pernah lepas dari benak Shirley. Bagaimana mesti Shirley jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bilaberdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,Shirley bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Steven! Steven! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Shirley. Dan apabila deru kereta Steven memasuki laman rumah sewanya, Shirley laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal. Steven tersengih segak menanti, sedang Shirley buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Shirley terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Steven. Cuma sayang senyum Shirley itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya. Wajah Shirley cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Shirley tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Steven yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Shiley berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Steven di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..." Pelan-pelan Shirley meraba hidungnya... ...

Moral : Mana ada manusia yang sempurna?...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG

kuang...kuang. .kuang...

No comments: