when something....ko fikir???

Wednesday, August 12, 2009

The Devine Master(Merpati Putih)


Kau merpati putih terbang di awanan

Ku ingin ikut bersamamu di sana

Sucinya hatimu seputih warnamu

Lembutnya sifatmu indahnya rupamu


Berkali ku tunggu utk melihatmu

di tempat yg engkau singgahi selalus

ayangnya diriku tak sesuci kamu

ku bisa memandang tak dekat padamu


(korus)

Sedar diri ini sampai terhentinya mati

sampai masa ku kan jatuh ke bumi

walau pada hakikatnya kita tak dapat bersama

agar kau dapat tahu diari di hati

(Agar kau dapat tahu ku mencintaimu)


Ku tulis puisi cerita diriku

Lantas ku kirimkan ia kpd mu

Kukarangi lagu nyanyikan untukmu

teman dikala mendatangnya sepimu

Thursday, April 2, 2009

Lagi gambar hantu di lokasi sama




GAMBAR menunjukkan imej dipercayai hantu (dalam bulatan) yang dirakam di Istana Tantallon, Scotland 32 tahun lalu.


SATU imej menyerupai manusia yang dipercayai hantu turut dirakam di Istana Tantallon, Mei tahun lalu.

NORTH BERWICK - Satu imej seperti kepala manusia yang memakai kolar beropol dan pakaian lama di Istana Tantallon, di North Berwick, Scotland dianggap sebagai hanya satu muslihat kamera, lapor sebuah akhbar semalam.





Namun, satu lagi gambar di lokasi sama yang menunjukkan satu lagi imej seperti kepala manusia menyebabkan sukar untuk menolak kemungkinan wujudnya hantu di istana itu.
Pada minggu lalu, satu gambar yang dirakamkan oleh Christopher Aitchison di istana itu pada Mei tahun lalu diiktiraf sebagai gambar hantu terbaik.





Beberapa ujian yang dilakukan menunjukkan gambar yang memaparkan wajah seperti manusia di sebuah tingkap di istana itu tidak dipinda menerusi digital.
Selepas gambar itu, satu lagi imej yang dirakam 32 tahun lalu di lokasi sama oleh Grace Lamb menunjukkan mendiang suaminya, Hugh dan dua anak mereka bergambar di istana tersebut.
Bagaimanapun, di belakang mereka, satu imej hantu muncul dengan merenung dari sebuah tingkap.





"Pada mulanya, saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan tetapi ia kemudian disimpan dalam laci selama 30 tahun."Saya tidak pernah terfikir, ia akan menjadi tumpuan," kata Grace.

Monday, March 30, 2009

Sakhan Dosovo-Wanita Tertua Di Dunia(130 Tahun)



________________________________________

ALMATY - Beberapa pegawai Kazakhstan menyatakan mereka menemui seorang wanita, Sakhan Dosova yang akan menyambut hari kelahiran yang ke-130 tahun pada 27 Mac ini, lapor sebuah akhbar semalam.


Sakhan mungkin merupakan wanita tertua di dunia kerana manusia paling tua diiktiraf secara rasmi ketika ini ialah Edna Parker dari Amerika Syarikat (AS) yang berumur 114 tahun.
Nama Sakhan tercatat dalam satu bancian di Karaganda di utara Kazakhstan pada 1926 ketika dia berumur 47 tahun.


Dokumen pasport yang dimiliki Sakhan ketika Kazakhstan masih berada dalam Kesatuan Soviet menunjukkan dia dilahirkan pada 27 Mac 1879.
Kad pengenalan Kazakhstan yang dimiliki Sakhan turut menunjukkan tarikh lahir sama.
Kazakhstan merdeka dari Kesatuan Soviet pada 16 Disember 1991.
Dia yang mempunyai 10 anak dilahirkan pada tahun Thomas Edison berjaya mencipta mentol lampu.


Sakhan berumur 10 tahun ketika pemimpin Jerman, Adolf Hitler dilahirkan.
Wanita itu tinggal di sebuah flat bersama salah seorang cucunya dan masih sihat dan cuma menghadapi masalah pendengaran.


Ketika ditanya rahsianya menjaga kesihatan dia berkata: "Saya tidak mempunyai sebarang rahsia. Saya tidak pernah mengambil pil dan jika sakit, saya menggunakan ubat tradisional untuk memulihkan saya. Saya tidak pernah makan gula-gula."

Tuesday, March 24, 2009

Bila Duit Dolar Amerika Berubah Wajah

hehehe,bila wang kertas ada muka montokutigerz..
kompom lah tdk laku huahuahua..

Banjir daerah Beaufort Awal Tahun 2009

baru-baru ini berlaku banjir besar di daerah beaufort dan dikatakan adalah sama kejadiannya
pada tahun 1996..namun apa yang sia tahu banjir TERBESAR pernah berlaku di daerah ini adalah diantara tahun 1980-1981..

ketika berlakunya banjir baru2 ini,sia terperangkap di rumah kg jempanga dan tidak dapat keluar ke pekan kerana arus air banjir begitu deras walaupun hanya melimpah di kawasan jalan raya..nasiblah ada bantuan daripada pihak kerajaan melalui bantuan makanan kepada mangsa banjir...
akhirnya sia pun tdk dapat p kerja selama 2 hari,kerana jalan dari beaufort ke menumbuk terputus akibat limpahan air..jadi apalagi ambil cutilah jawabnya..nasiblah dapat cuti akibat bencana alam selama 2 hari tu..tdk juga kurang cuti tahunan...huhuhu..

ni sedikit gambar banjir di daerah beaufort baru2 ini..



* syok main sampan...sebab kawasan rumah jarang kena banjir mcm ni..hehehe

apa yang kamu faham?


klu kamurang tdk faham pun,kamurang pura-pura ja kasi faham lah...klu tdk faham juga minumlah montoku mix tiger,kompom faham punya...wakakakaka...

Tuesday, January 20, 2009

Cara menjawab matematik masa kini


Awas HIV

Sila baca artikel berikutmengenai orang yang HIV positif seronokmenyebarkan virus HIV. Ianya pernah keudara di dalam Televisyen Thai di manapesakit HIV ditangkap didakwa, tapi apagunanya, beliau telah merosakkan ramaiorang awam yang tak berdosa.Jadi silaberhati-hati...

Beberapa tempatberbahaya dan kebarangkalian menemuijarum penyuntik yang telah digunakanpenagih :-

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalandi pantai sila pakai selipar atau kasut,ada penagih dadah yang melakukanaktiviti di tepi pantai danmenimbusjarum penyuntik di dalam pasir.Penyuntik ini kemudiannya terdedahakibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satulagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes diAustralia di mana kanak-kanak yang takberdosa telah tercucuk jarum penyuntikapabila beliau turun daripada papanlunsur kemudiannya didapati HIVpositif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusiyang anda duduki. Kes yang terjadi apabilaseorang perempuan duduk di kerusibeliaudan terasa sesuatu benda mencucuk.Beliau berdiri dan mendapati adapenyuntik dan nota berbunyi "Welcome tothe real world, you are now HIVpositive'. Doktor telah memeriksa jarumtersebut mengesahkan ianya terdapatvirus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadiberhati-hati... .

4. Di Georgia. Florida , ada kes menunjukkanpesakit HIV meletakkan penyuntik didalam tempat mengembalikan syiling,mesin air minuman... jadi pastikan bilaanda membeli air atau kandi, perhatikanbetul-betul tempat mengembalikan wangsyiling... .mungkin terdapat jarumpenyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yangjuga pekerjanya meletakkan sedikitdarah di dalam burger mencampurkan denganmayonis dan salad. Ianya seperti sos.Jadi cuba jangan pesan burger denganmayonis sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

*Sila 'forward'maklumat ini sebanyak mungkin kepadaorang lain, especially orang yang andacintai, anak anda dan sesiapa saja...

**info dari Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences USM,
Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA

Petua Montokutigerz

1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tu

3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tu

4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Panas Yg Mendidih

6.Melentikkan Bulu Mata - Pakailah Bulu Mata Palsu...

7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...

8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..

9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .

10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...

11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn cuci

12.Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo...

13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

14.Menghilangkan Kelemumur - Gunakanlah Syampu CLEAR

15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..

16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...

17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick lah....

18.Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir

19.Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga..

20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

*cubalah,jgn tdk cuba,klu boleh jgn cuba...wakakakaka

PAM MINYAK

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.Tapi awas. Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').

Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi....

BABI HUTAN

Nun jauh didalam hutan belantara terdapat 5 ekor babi hutan jantan. Ketika sedang berjalan-jalan mereka jumpa sebatang sungai. Diseberang sungai tersebut terdapat banyak pokok buah-buahan yang sedang lebat berbuah. Mereka pun bercadang untuk menyeberangi sungai tersebut, tetapi malangnya dalam sungai tersebut terdapat 5 ekor buaya yang gemar memakan telur babi hutan.

Melihat kehadiran buaya dalam sungai tersebut membuat mereka termenung samada untuk meneruskan hasrat menyeberangi sungai itu ataupun tidak.. Akhirnya mereka nekad juga mahu menyeberang kerana buah-buahan kegemaran mereka terlalu banyak diseberang sungai itu.

Lalu mereka pun berenang bergilir2 satu persatu...
Apabila tiba diseberang kesemua telur 4 ekor babi hutan itu telah hilang disambar buaya. Kecuali babi hutan yang terakhir menyeberang, apabila selamat sampai ke destinasi dilihat telurnya masih ada. Dia pun ketawa gembira. Kawan-kawannya bertanya, "Geng, napa telur kau tak disambar buaya..?" dia pun menjawab dgn relax.. "Aku tengok kamurang berenang pakai kuak dada tentu lah buaya sambar telur kamurang. jadi aku pun berenang pakai kuak lentang... Ha ha ha dah tentu selamat...!!"

Wednesday, December 17, 2008

Lagu Murut-Sunsuron

*Ni lagu kalau balik kampung ngam2 aramai ti,alala buli jadi satu rumah di kampung automatik menari oo..tapi yang sdh ada 'isi' kepala lah...faham-faham lah

Kenapa Perlu Minum Air?

"Tubuh terdiri drpd hampir 70 peratus cairan dan kita hanya blh bertahan selama kira-kira stu minggu hidup tanpa air. Tetapi mengapa air itu baik utk tubuh?
Di sini disenaraikan lima alasannya:

1.Air blh menyejukkan
Waktu tghari yg begitu panas kadangkala kita tdk sedar bahawa tubuh kita sdg berpeluh. Peluh blh mengingatkan kita utk segera minum air. Sbb jika tdk cukup air utk memproduksikan peluh, volume darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.

2.Mengumpulkan zat2 makanan
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendri. Juga beberapa zat makanan yg larut dlm air sehingga diserap dgn air.

3.Mempermudah proses pembuangan
Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit blh menyebabkan org sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota ter****t mengalami kesakitan.

4.Menjaga kulit tetap halus
Sel memang mengandungi air, krn itu bekalan yg cukup akan menjadikan kulit kite lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi juga , seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka aklan kelihtan lebih uzur.

5.Bebas dari batu karang
Batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tdk terpakai atau komponen lain yg melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dgn bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebsar baru. Jika kita byk minum, batu-batu itu akan keluar di bawa oleh air.

Sesetengah org menunggu hingga betul-betul dahaga baru mereka minum segelas air sdgkan sebnarnya haus adalah petanda awal drpd dehidrasi kekurangan cairan dlm badan.

*jadi kamurang banyak-banyak lah minum air ah...tiger?tapai?stout?ahhh x peduli janji air...hahaha

Sebab Lu Kaya

ADA MAMAT LUAHKAN PERASAAN...UHUUU....

Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!Wah!!!

Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la....sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?...Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?

...SEBAB LU KAYA!!..

Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus lu orang buang ..nasi bungkus ape standard....Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!

Gua lagi tambah sakit hati bila ada RELA dan penyelamat datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???

SEBAB LU KAYA!!!

Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?..

SEBAB LU KAYA!!!

Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi MAHA KAYA!!!!

LU PIKIR LA SENDIRI!!

*fikir-fikirlah ahhhh

Thursday, November 6, 2008

Rela Bersatu F.C(Labuan Liberty Cup 2008)


Pengurus Pasukan : Jafar Tallah

Jurulatih Pasukan : Danil Gunsipat
Pemain-pemain

1 Michael William

2 John Paul Juanis

3 Sean Walter Sanap

4 Justinus Asong

5 Ambrose James

6 Gabriel Peter

7 Felix Rook

8 Brian Sounni

9 Samuel Sanap

10 Paul Ambutit

11 Rynold Sikau

12 Dasiming Likuran

13 Fredlee Aib

14 Kenedy Kijok

15 Sheron Chong

16 Victor Markus

17 Pirin Rujit
** sumber : www.libertycup.com.my

Wednesday, October 8, 2008

BIG Fish!!!!

alalala...kalau sia dapat macam ni punya ikan
mmg sia lah punyarekod dapat ikan pari ni..
kamu rasa kalau mau makan ni ikan mau berapa hari
baru habis?tapi lagi best kalau ada aramai ti kan,
kita panggang dia kasi jadi PUSAS!!!
perah air limau kapas lagi tu and ada belacan,
PEHHHHHH!!!

Ryuzaki L From Beaufort(Death Note)-

death note movie


Death Note 4?



L?



...L and the gang...



my adik ni minat death note movie
sampai gaya dia pun mcm si L..Rupa?
adalah iras2 sikit...wakakaka

Tuesday, September 16, 2008

Tragedi di hari raya....

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor…Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310iDiorng da xthan nk jumpe sngat2…Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie..Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..

Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..Mayat julie selamat dikebumikan. .Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki…Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya…Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie..Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia..Jimmy semakin tidak senang duduk..Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar…Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??""Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..Jimmy semakin kehairanan..Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlisJimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..

Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye…Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie…Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..Jimmy semakin hairan dan ketakutan…Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,"awk ngah wat pe??"Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi"xde wat papepon..awk da smpai ke??"Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"

Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg..Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut..Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga…


Kerana sms etrsebut berbunyi


"DIGI ADA DIMANA-MANA"…
hahahahahahahaha haha….

Kena lagi kah?

Wednesday, July 16, 2008

Pilihlah ikut hati kamurang....

Tahukah kamurang bahawa pemilihan kenderaan melambangkan diri seseorang. dalam diam, orang lain akan meramal diri kamurang, menilai peribadi kamurang. berhati-hatilah bila memilih kenderaan untuk dinaiki.
Cuba kamurang jawab soalan2 di bawah ni, kamurang akan dapat menilai diri sendiri. selamat menjawab.
Soalan: anda pilih untuk menggunakan kenderaan apa?
a) kereta
b) lori
c) motor
d) van
e) jeep
f) skuter
g) basikal
h) beca
i) sampan
j) tongkang
k) kapal terbang
l) helikopter
m) kerusi roda
n) kereta sorong
o) lain-lain

jika kamurang pilih...
a- kamurang mmg suka naik kereta
b- kamurang mmg suka naik lori
c- kamurang mmg suka naik motor
d- kamurang mmg suka naik van
e- kamurang mmg suka naik jeep
....dan juga begitulah seterusnya dll... wakakakakaka....

....ketawalah kamu sebelum kamu diketawakan....(mari kasi ketawa dia,hahahahaa)